Monday 31 October 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Api


Lauk semalam. Tapi masih boleh di entrikan kan? Lg 3 hari nak blk kg. Mmg tabiat aku ialah sebelum balik kg, bahan2 basah kat fridge mesti dihabiskan. So, sesi itu bermula smlm. Masak lauk berdasarkan bahan yg ada bukan beli bahan utk memasak lauk yg kita mahu..haha pening.. tapi itulah aku most of da' time.

Teruskan untuk resepi.


Resepi : Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Sumber :http://arebie.blogspot.com/

Bahan

- 500g daging (dipotong blok)

- 1 biji bwg besar

- 5 ulas bwg putih

- 4 sb serbuk kunyit

- 10 biji cili padi

- 2 btg serai (diketik)

- 1 tiub santan / santan drpd 1 biji kelapa

- 1 cawan santan cair

- garam + perasa + gula

- air secukupnya

Cara

- Cucukkan daging dgn pisau & lumur garam + serbuk kunyit

- Bakar atas arang ( hehe aku pakai oven je 180c dlm 30-40min)

- Angkat & hiris nipis, ketepikan

- Tumbuk lumat / kisar halus bwg merah + putih + cili padi

- Masukkan santan cair & bhn tumbuk + serai dlm periuk

- Buka api & reneh hingga mendidih

- Masukkan serbuk kunyit

- Masukkan daging

- Tambah garam + gula + perasa

- Masukkan air jika mahu & tngu hingga mendidih

- Masukkan santan pekat & tngu hingga santan betul2 masak.

ps: mkn dgn nasi panas2 mmg sedap

Read more...

Sunday 30 October 2011

Banana Muffin with Blueberry Filling



 
Wah nama resepi tak menahan.. Menderhaka pd resepi asal drpd Kak Ros Jintan Manis. Resepi asal utk kek pisang gebu.. Aku tukar jd muffin pisang dgn inti blueberry. Sangat lazat ye.. Marilah cuba. Mohon izin ye kak saya kopipes resepi nyer. 

Resepi : Muffin Pisang dengan blueberry

Bahan
2 cwn tepung gandum (aku pakai tpg kek)
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula (aku kurgkn ke 3/4 shj)
3 biji pisang yang telak dilenyek (aku isi 1 cawan penuh pisang)
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur
* aku tambah 1/2 cawan chocolate rice & blueberry filling secukupnya

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
(my version : lepas masukkan minyak + chocolate rice, sudukan adunan ke dlm muffin cup 1/2 penuh, picitkan filling blueberry, sudukan adunan lg hingga 3/4 penuh)

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.




Read more...

Saturday 29 October 2011

Mee Goreng Basah


Da sarapan? eh da tengahari kn.. huhu ni menu 2 ari lepas . Pg td goreng kueteaw. Tp entri psl mee goreng.. layan je..

Menu : Mee Goreng Basah 

Bahan
- 1 bungkus mee kuning (500g)
- 3 ekor sotong - dipotong bulat
- 10 biji bebola - dipotong 4
- 1 biji bwg besar
- 4 ulas bwg merah
- 1/2 genggam ikan bilis
- 3 sb cili kisar
- 2 sudu sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap pekat, serbuk lada hitam (bahan A)
- garam + perasa
- sayur eg sawi, tauge
- air secukupnya / air rebusan daging
- minyak

cara
- tumbuk halus bwg merah + putih + ikan bilis
- panaskan minyak
- tumis bahan tumbuk + cili kisar hingga naik bau
- + sotong + bebola
- + bahan A
- + air yg byk (lbh kurg 3-4 cawan)
- + garam & perasa
- Masukkan mee
- Kacau rata + sayur
- Masak hingga mee betul2 panas & kuah menjadi kering sedikit

*boleh tambah telur jika mau

ps : semenjak 2 menjak ni aku asyik masak yg simple2 je.. lama rasenye x msk nasi.

Read more...

Friday 28 October 2011

Kuih Kasturi



berangan benda lain akhirnye jd benda lain.. betul lah kiter merancang, Allah tentukan.. sgt teringin nak buat bubur kacang durian.. tapi suami cari kat area kg.pandan takda pulak duriannye.. kacang da rendam.. drpd jd tauge..baik wat kuih ni.. hehe jumpe respi kat blog kak sue + ilmu drpd mak .. hasilnya ok.. cuma nape xsesedap mak buat...huaaarghh.. resepi nyer

Resepi : Kuih Kasturi
Sumber : http://arebie.blogspot.com/

- 2 cawan kcg hijau (direndam 4-5jam)
- 5 cawan air
- 1/2 cawan gula
- secubit garam
- tepung gandum secukupnya
- 2 sudu tepung beras
- pewarna kuning
- air secukupnya
- minyak

Cara

- Basuh kcg hijau + 5 cawan air
- Rebus hingga air kering, kacau selalu bila air hampir kering
- Tambahkan gula + garam bila air rebusan betul2 kering
- Matikan api, sejukkan kcg
- Bila sudah sejuk, keluarkan drpd periuk
- Masukkan dlm mangkuk lain & sedia utk dibentuk
- Sblm membentuk, taburkan tepung gandum di tangan & mula membentuk
- Rehatkan dulu dlm peti sejuk jika mahu sblm digoreng
- Sediakan lapisan luar dgn satukan tepung gandum + tepung beras + pewarna + garam
- Tambahkan air hingga adunan cair spt adunan utk menggoreng pisang..
- Panaskan minyak
- Celupkan kuih kasturi ke dlm adunan tepung & goreng hingga kekuningan..

ps : lama betul x mkn kuih ni.. cuba ye kwn2.. 1 lg kuih yg teringin sgt nak mkn kuih puteri ayu.. berangan nak buat sdiri tp mould xde..

Read more...

Thursday 27 October 2011

Aiskrim Roti Goreng



Terjumpa resepi ni kat blog kak Naz kat cni . Tanpa berpikir pendek, terus buat hehe
saya kopipes ye k.naz.. tq so much 



Bahan-bahan :
10 keping roti sandwich
5 scope ais krim apa-apa perisa
Plastik (untuk simpan ais krim roti)
Minyak masak untuk menggoreng

1) Baringkan sekeping roti putih di atas permukaan pinggan yang bersih.
2) Letakkan aiskrim pilihan anda.
3) Tutup dengan sekeping roti lain.
4) Gunakan gelas atau cawan yang bersesuaian saiznya sebagai pemotong roti ini.
5) Tekan di atas roti hingga putus bahagian tepinya.
6) Pastikan bahagian tepi-tepi roti itu bercantum dan melekat agar aiskrim tidak meleleh keluar. Sekiranya ada bahagian yang tidak kemas, tekan dengan dua jari untuk mengelim tepi-tepi roti seperti di atas.
7) Kemudian masukkan roti aiskrim-roti aiskrim yang telah siap ke dalam plastik dan simpan 3 jam atau semalaman di dalam peti sejuk beku(freezer).
8) Panaskan minyak dan sedia utk digoreng.

Read more...

Kueteaw Ladna




Menu ni utk makan malam semalam. Resepinya ringkas. Teruskan utk resepi

Menu : Kuateaw Ladna
Sumber : http://arebie.blogspot.com/

Bahan
- 1 bungkus keuteaw 500g
- 1 btg carrot
- 5-6 btg sawi
- 1 kelopak kubis bunga
- 1 bungkus jagung muda
- 3 ekor sotong - dipotong bulat
- 7-8 ekor udang - dibuang sungut
- sedikit isi ayam / daging
- 4 biji bebola ikan/sotong
- 1 biji bwg merah - didadu
- 5 ulas bwg putih - dicincang halus
- 1 kiub ayam (jika guna air rebusan daging xperlu)
- 2 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung
- serbuk lada hitam + garam + perasa
- sos tiram
- 5 biji cili padi - diketik
- minyak
- air biasa / air rebusan daging


Cara

1) Kuah
- Panaskan minyak
- Tumiskan bwg merah + putih + cili padi hingga layu
- Masukkan ayam / daging & masak hingga empuk
- Masukkan sayur keras etc carrot
- Tambahkan udang + sotong
- Masukkan air rebusan daging / air biasa mengikut sukatan sendiri
- Masukkan sayur lembut
- Tambah garam + perasa + kiub ayam + serbuk lada hitam + sos tiram
- Masak lg hingga mendidih
- Ambil 1 biji telur & ambil putihnya shj
- Masukkan ke dlm kuah & kacau cepat
- Bancuh tepung jagung dgn air sket & masukkan ke dlm kuah.
- Masak lg hingga kuah menjadi pekat

2)Keuteaw
- Ambil lebihan kuning telur td + 1 biji telur lg
- Pukul rata + serbuk lada hitam
- Masukkan keuteaw ke dlm bancuhan telur
- Goreng sebentar agak2 hingga keuteaw menjadi lembut

Hidangkan keuteaw dengan kuah. Siap

Arham da nanges tatata..

Read more...

Wednesday 26 October 2011

Puding Roti Bakar



Al-kisah smlm ade balance2 tepi roti lepas wat aiskrim goreng. eh x tunjuk pun.. x goreng lg.. huhu ade kat freezer lg.. nnti da goreng i kasi tunjuk sini ye.. so boring2 d ari deepavali ptg td, godek la something. Senang pulak membuatnye. Rujukan resepi drpd Kak Naz kiter. Teruskan membaca utk resepinya.. Mkn suam2 sedap. 


Resepi : Puding Roti Bakar
Rujukan : Kak Naz
Sumber : http://arebie.blogspot.com/

Bahan

-8-10 keping roti(bergantung kepada ketebalan roti)

-500 ml susu segar/susu cair/campuran kedua jenis susu

-4 TBSP gula halus

-2 TBSP mentega/majerin

-1 tsp asen vanilla

-2 biji telur (aku pakai 1 biji je)

-1 TBSP tepung jagung

-Sedikit jem(apa-apa perisa) ( pakai blueberry filling)

-Kismis (pakai kurma yg dipotong dadu)

Cara

1. Ambil beberapa keping roti dan sapu dengan jem permukaannya dan susun di dasar bekas/ loyang.

2. Lebihan roti yang tinggal, dikoyak-koyakkan dan rendamkan ke dalam susu. Ketepikan.

3. Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. Pukul sikit dengan ballon wisk hingga sebati.

4. Masukkan asen vanilla. Kacau rata.

5. Masukkan telur dan pukul rata dengan ballon wisk tadi hingga sebati.

6. Masukkan pula tepung jagung dan kacau rata.

7. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi. Kacau rata.

8. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing. Gaul rata.

9. Tuang rata adunan ke atas roti yang disapu jem tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biar seketika(dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang di bawah.

10. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

ps: Sedap, boleh wat ulang2 nih. Suami blk keja , sdg elok puding da suam2 trus potongkan.. Mm yummy..hehe (sbnarnya aku men agak2 je.. bahan sumer aku folo tp sukatan men masuk je, xpe yg penting jd)

Read more...

Diari buat Arham - Bhg 2


23 Jun 2011 - Pukul 4.28 pagi, ketika itulah tangisan Arham kedengaran buat kali pertama. Alhamdulillah, pembedahan berjaya tetapi Mama masih lemah, mama tidak dapat melihat Arham buat kali pertama. Hanya mendengar tangisan mu anak. Ayah kata, Arham tenung muka Ayah sepanjang tolak Arham ke wad SCN. Syukur. Sampai di wad, Ayah lihat Arham ditimbang. Ya Allah, hanya 1.32kg shj berat mu anak. Kecil nya Arham sekecil botol mineral dgn pjg 38cm.

24 Jun 2011 - Mama bohong Ayah. Mama kata mama dah tak sakit. Mama bangun drpd katil seorang diri dengan bantuan tali. Mama tunjuk pd nurse mama da boleh bangun sebab mama nak lihat Arham di wad SCN. Tapi sebenarnya hanya Allah shj yang tahu kesakitan akibat pembedahan smlm yg mama jalani. Ayah sampai hampir tengahari dengan TokAbah. Ayah sorong mama dgn wheelchair. Akhirnya mama dpt smpi ke wad Arham. Mama tanya Ayah, mana Arham? Ayah bawa mama ke tempat Arham. Ya Allah, berderai air mata mama. Betulke anak kecil dengan wayar di perut, mulut, kaki & oksigen di hidung ni anak mama? Mama menangis & terus menangis. Arham kuat kan.

25 Jun 2011 - Mama dibenarkan pulang hari ini. Ya Allah, bagaimana dengan Arham? Mama terpaksa menerima hakikat mama pulang tanpa Arham. Arham masih di SCN untuk penjagaan rapi. Mungkin 10 hari, mungkin 20, mungkin sebulan , tiada siapa yg tahu. Mama meminta Ayah bawa mama ke wad Arham sebelum mama pulang. Susu badan yang mama cuba perah akhirnya berjaya dikumpul untuk bekalan buat buah hati mama ini. Alhamdulillah ya Allah. Walaupun hanya 2ml setiap sesi penyusuan, itulah hak Arham yang mama dpt sumbangkan. Arham, mama balik dulu. Jgn bersedih duhai hati. Arham kuat kan. Ku tinggalkan PPUM dengan hati yang maha berat. Berat Arham 1.22kg.

27 Jun 2011 - Ayah ke PPUM menghantar susu. Ayah beritahu mama yang Arham terkena jaundis(Kuning). Mama masih di rumah. Mama doakan Arham cepat sembuh ya nak. Ironinya, Arham sudah dimasukkan ke inkubator & bantuan oksigen ke hidung sudah diberhentikan. Arham bernafas sendiri. Alhamdulillah.

3 Julai 2011 - Setelah seminggu mama di rumah. Akhirnya mama bertekad untuk ke hospital seorang diri. Ya, mama memandu buat kali pertama dengan izin ayah. Ayah ke tempat kerja pagi tu. Arham rindukan mama tak, mama datang sayang. Bawa susu untuk Arham. Jaundis Arham beransur hilang. Berat Arham 1.44 kg.

10 Julai 2011 - Arham, mama dukung Arham harini. Buat kali pertama. Ya Allah, rezeki yang dilimpahkan buat hari mama betul-betul ceria. Terimakasih pd nurse yg memahami. Berat Arham 1.51kg. Oh tak lupa, harini mama, Ayah, dan semua menyambut harilahir nenek di rumah. Mama belikan nenek kek. Nenek yg byk menjaga mama semasa mama berpantang. Nenek teman mama di rumah.

12 Julai 2011 - Berat Arham 1.56kg. Tiba-tiba, alat penggera di katil Arham berbunyi. Nurse-nurse meluru ke katil Arham. Mama tak tahu. Rupa-rupanya anak mama tercungap-cungap kerana 'simptom lupa nafas'. Nurse kejutkan Arham. Bantuan ubat terpaksa diteruskan. Mama minta maaf syg, mama tak tahu.

14 Julai 2011 - Berat Arham 1.58kg.

16 Julai 2011 - Berat Arham 1.61kg.

19 Julai 2011 - Mama diberi peluang untuk menyusukan Arham secara terus buat kali pertama. Mama tahu mesti sukar untuk Arham sebab masih ada tiub di mulut Arham. Tapi Arham cuba dan terus cuba. Syabas sayang. Arham pandai menghisap walaupun dengan tiub di tengah2 mulut. Berat Arham 1.675kg.

21 Julai 2011 - Berat Arham 1.73kg

23 Julai 2011 - Arham sudah pandai menghisap sepenuhnya.Perlahan-lahan, nurse memulakan penyusuan dengan botol. Alhamdulillah, akhirnya Arham menyusu tanpa bantuan tiub yang menyakitkan itu. Berat Arham 1.775kg.

25 Julai 2011 - Nurse beritahu mama Arham ada hernia. Mama risau. Hernia atau angin pasang yang teruk boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Mama berdoa semoga Arham tak begitu.

26 Julai 2011 - Berat Arham 1.865kg. Arham dipindahkan ke besen bayi spt bayi baru lahir.

28 Julai 2011 - Berat Arham 1.926kg.

30 Julai 2011 - Berat Arham 2.002 kg. Wad Arham berpindah ke bangunan baru.

1 Ogos 2011 - Pukul 8 pg mama sudah sampai ke hospital. Mama tunggu doktor. Mama minta Arham dibenarkan pulang. Alhamdulillah Prof CT Lim membenarkan. Akhirnya, penantian mama & Ayah berakhir sudah. 40 hari Arham di wad betul-betul menduga kami sebagai ayah & ibu. Tapi Arham jua lah pengikat kasih sayang ayah & mama.Berat Arham semasa discharge 2.2kg.. Syukur..

Setelah 40 hari di wad, bersamaan 1 bulan stgh, purata 4 jam sehari atau 160 jam berada di hospital, bayaran parking melebihi ratusan ringgit, caj rawatan melebihi 5k, bekalan susu drpd 2ml sehari hingga 320ml sehari, Munif Arham pulang ke pangkuan kami dengan 100% sihat. Cabaran bukan calang-calang tapi demi anak yang dikasihi. Kami redha.




Read more...

Tuesday 25 October 2011

1st video .. Panazzz



Shhh..pliz jgn gtau spital aku amek video nih curik2... Ni kes aku rindu sgt ngan arham lah.. x puas dok spital berjam-jam.. biler blk umah smbung tgk video.. 40 hari arham kat 'hotel'. Rase mcm 4 tahun huhu.. The best moment .. Arham buka mata tgk mama dia dtg.. huhu cute...

ps: video curik, its prove..
Read more...

Nasi Ambeng

NASI AMBENG 1/2 SET

AYAM KICAP

SAMBAL GORENG

Siaran tergendala sejak mlm td. Da masak nasi ambeng ni dr ahad lg.. baru skang sempat post. Caranya mudah . Cuma lauk yg aku sempat masak x cukup jenis. Apepun da tertunai ajat di ati. Bahana tgk JJCM aritu, tunjuk nasi ambeng.. Aduh terliur..

Menu : Nasi Ambeng

Sumber : http://arebie.blogspot.com/http://arebie.blogspot.com/

Bahan
1) Nasi Putih
- Basuh beras dan masak spt biasa.

2) Ayam Kicap
- 1/2 ekor ayam - Ptg 2/4
- 1 biji bwg besar
- 4 ulas bwg putih
- 1 inch halia
- 2 sudu cili giling
- 5-6 sudu kicap manis
- 2 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos cili
- rempah 3 sekawan (buah pelaga+bunga lawang+kayu manis)
- 1 sudu serbuk lada hitam
- air sket
- 1 sudu tepung jagung
- garam + perasa + gula
- minyak

Cara
- Basuh bersih ayam + garam & digoreng @ ayam diungkep & digoreng dahulu
- Hiris nipis bwg merah + bwg putih + halia
- Panaskan minyak & tumis bahan hiris + rempah 3 sekawan
- Masukkan cili giling & tumis lg hingga masak
- Tambah sedikit air
- Masukkan kicap manis + kicap pekat + sos
- Tambahkan garam + perasa + gula + serbuk lada hitam
- Masukkan ayam
- Tambah sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah kicap
- Tngu mendidih & siap dihidang.

ps : Boleh tambah kentang yg dipotong wedges & digoreng dahulu dlm ayam kicap

3) Sambal Goreng

- 1 bungkus tempe (dlm plastik besar) - dipotong nipis
- 3 biji kentang - dipotong nipis
- 2 biji tauhu - digoreng & dipotong dadu
- 4 keping tahu kering - direndam & potong kecil
- 1 genggam suhun - direndam
- 4 btg cili kering - digunting halus
- 2 btg cili merah - dihilis halus
- 1 biji bwg besar
- 4 ulas bwg putih
- 2 sudu udang kering / 1/2 genggam ikan bilis
- 2 sudu cili giling
- 2 sudu sos cili
- 2 sudu kicap pekat
- 4 sudu kicap manis
- garam + perasa + gula
-1/2 tiub santan / 1 cawan santan pekat
- minyak

Cara-cara

- Goreng garing kentang , tempe, tahu
- Angkat & ketepikan
- Tumbuk / kisar halus bwg merah + putih + udang kering/ikan bilis
- Pnaskan minyak
- Tumis bahan kisar & cili giling hingga naik bau
- Masukkan kicap pekat + kicap manis + sos
- Tambah air sket + garam + perasa + gula
- Masukkan bahan yg digoreng + cili gunting + cili hiris
- Kacau rata
- Masukkan santan & masak lg hingga kuah agak pekat
- Sedia utk dihidang

4) Sayur kacang & lobak

- 4 btg kcg panjang
- 1 btg carrot
- 1/2 biji bwg besar
- 3 ulas bwg putih
- 1/4 genggam ikan bilis / udang kering
- 1/2 genggam suhun
- minyak
- air
- garam + perasa

Cara

- Potong memanjang kcg pjg & carrot
- Tumbuk halus bwg merah + putih + ikan bilis
- Panaskan minyak & tumis bhn tumbuk hingga naik bau
- Masukkan kcg pjg + carrot
- Tambah air sket
- masukkan suhun
- perasakan ngan garam + perasa
- angkat bila sayur agak layu

4) Mee Goreng

5) Ikan kering goreng

6) serunding kelapa

ps: No 4,5 & 6 x sempat masak. kalau ader kesempatan aku update 3 resepi ni berserta gamba skali.

Read more...

Sunday 23 October 2011

Apam Polkadot step by step

Alhamdulillah. itu saje nak cakap. Resepi dari kak Azlita Masam Manis. Step by step drpd akak sgt2 dihargai. Enjoice da' recipe n da' step too..

APAM DOT DOT
by : Eiza Hamid 
Recipe : Kak Azlita Masam Manis
Sumber : http://arebie.blogspot.com/

3 biji telur sejuk dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau santan
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh paste vanila
filling
blueberry / strawberry / kelapa / coklat / kaya - terpulang pada citarasa
Pewarna yg di sukai
Paper cup secukupnya
acuan lompang secukupnya

Cara-cara

- Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer kecuali filling & pewarna dan pukul dengan maximum speed dalam masa 6-8 min. 
-Bahagikan kpd beberapa bahagian dan titiskan pewarna berlainan. Kacau rata.
-Masukkan ke dalam piping bag.


-Susun acuan lompang dalam loyang. (Kesilapan aku iala xmemakai acuan nih, so mmg x cun la hasilnyer)
-Letakkan papercup didalamnya
-Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas kira-kira 1/2 cup
-Letakkan filling secukupnya. Filling ni kita masukkan juga dalam piping bag supaya mudah kita nak Letakkan atas adunan tadi. 

-Picit lagi adunan yang sama atau berlainan warna sehingga 3/4 penuh . 


-Kemudian ambil sedikit adunan letakkan pewarna pilihan, kacau rata.
-Masukkan juga dalam piping bag dan dot-dotkan dengan warna pilihan

-Panaskan kukusan. Balut tutup kukusan dengan kitchen towel supaya air kukusan tidak menitis atas apam.Pastikan api sederhana panas.
-Kukus apam tadi selama 10 - 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.Hidangkan ketika panas.
- Filling blueberry spt di gambar..


PS : SDAPNYE APAM NIH. DA TINGGAL SKET NI.. SAPER NAK HUHU
Read more...

Friday 21 October 2011

Kek Coklat Kukus


 Al-kisah sumpahan itu hampir berakhir..Sumpahan kek bantat ampir ke ujungnye..huhu. Smlm p wat check-up utk my arham.. Singgah sebentar kat kedai membeli pau.. Nampak pulak majalah Pa&Ma.. sajer la membeli.. Selak punye selak ade respi kek coklat kukus. Mmg tiap hari aku mentelaah resepi kek kukus drpd internet tp x pernah nak cuba.. Mlm td aku membulatkan tekad mencuba respi drpd majalah Pa&Ma.. hasilnyer.. Alhamdulillah boleh mkn..sedap pun sedap kate suamiku..ok respi di bwh..


Resepi : Kek Coklat Kukus

Asal resepi : Majalah Pa&Ma

Sumber : http://arebie.blogspot.com/

Bahan A

-1 cawan susu cair (aku pakai freshmilk)

-1 cawan serbuk koko (70g)

-1 cawan susu pekat (aku kurangkan ke 1/2 cwn)

-1 cawan gula castor

-1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)

-1 sudu esen vanilla

-1 cawan minyak masak

Bahan B

-1 cawan tepung gandum (aku pakai tepung kek)

-4 biji telur

Cara-cara

-Masak kesemua bahan A di atas api sehingga sebati. Tutup api. Ketepikan

-Kemudian kisar bahan B. (Aku pukul pakai mixer.mula2 pukul telur hingga kembang kemudian masukkan tepung sket2)

-Campurkan kedua-dua bahan A & B. Kacau hingga sebati

-Tuang adunan ke dalam loyang

-Kukus adunan selama 45min atau hingga masak

-Biarkan kek sejuk sebelum dipotong.

ps: Mungkin boleh ayak dulu serbuk koko & tepung.. biar sekata..Aku tapis adunan sebelum masuk loyang. Sekian, akhirnya berjaya membaking..1st step began.. ha 1 lg.. Cawan yg aku guna tu bersamaan dgn 230ml kandungan air.. caranya aku sukat 230ml air & bertepatan ngan 1 gelas yg diadiahkan masa kawen aritu..so trus guna gelas tu utk menyukat..

Read more...

Kari Ayam



Resepi ni special dedicate 2 my ofismate a.k.a bff.. mau wat reference bl nak masak nnti.. hehe. Asiah sorry baru arini dpt wat entry kari ayam ..so yg len2 pun mari la cuba yer..

Resepi : Kari Ayam

Sumber : http://arebie.blogspot.com/

Bahan

- 1 ekor ayam - dipotong 8 @ 16

- 2 inch halia

- 2 biji bwg besar

- 5 ulas bwg putih

- 4 tangkai daun kari

- 5 sudu besar kari ayam

- santan drpd 1 biji kelapa / 1/2 tiub santan

- 2 biji kentang - potong besar

- 1 btg carrot - potong besar

- garam + perasa + gula

- minyak

Cara

- Basuh bersih ayam dan ungkep ayam tersebut.

- Boleh masukkan kentang & carrot dlm ayam ungkep utk mempercepat proses masak jika mau

- Sementara itu, tumbuk halus bwg merah + putih

- Panaskan minyak & tumis bhn tumbuk + daun kari

- Tumis hingga naik bau

- Serbuk kari dibancuh ngan air sket & masukkan ke dalam kuali

- Kacau rata & tngu kari agak masak

- Masukkan air sket + kentang + carrot (tnggu empuk) klu da ungkep skali ngan ayam xperlu tngu lg



- Perisakan garam + perasa + gula

- Masukkan ayam & gaul rata

-Masukkan santan & tngu hingga mendidih

-Siap utk dihidang

ps: kalu nak pedas / pekat bleh + cili giling semasa menumis + serbuk kari lg..

Read more...

Wednesday 19 October 2011

Ayam Goreng Kunyit


lauk ni sampingan utk nasi goreng kampung mlm nih.. senang , mudah ..meh cni nak share

Ayam Goreng Kunyit
Sumber : http://arebie.blogspot.com/

Bahan
- 1 bahagian dada ayam - potong nipis
- 1 biji bwg besar - dipotong 8
- 3 ulas bwg putih - cincang halus
- 4 btg buncis - dikerat 2
- 1 btg lobak - dipotong bulat
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil lada hitam
- minyak
- garam + perasa

Cara
- Panaskan minyak
- Tumis bwg merah + putih hingga layu
- Masukkan daging ayam
- tambah air sket jika mahu
- tambah serbuk kunyit + lada hitam
- masukkan sayur dan kacau rata
- tambah garam + perasa
- masak lagi hingga ayam dan carrot empuk
- sedia dihidang

Read more...

Nasi Goreng Kampung



Dinner kami mlm nih.. kebetulan kami suami istri x mkn tengahari lg arini.. so dia request la nasi goreng nih skali ngan teman seperjuangannye tepi2 pinggan tuh.. bersilat gayung kat dapur nak bg siap cepat sket sbb dua dua hampir kebulxx huhu respi dilampir bersama kat bwh yer..


Nasi Goreng Kampung
Sumber resepi : http://arebie.blogspot.com/

Bahan

- 4 cawan nasi sejuk

-1 biji bwg besar

-4 ulas bwg putih

-6-8 biji cili padi

- 2 sudu besar udang kering / 1/2 genggam ikan bilis

- 10 keping hirisan daging ayam

- sayur eg kangkung , buncis etc

- sos ikan / garam

- perasa

- 1/2 genggam ikan bilis digoreng

-1 biji telur

-minyak

cara

- tumbuk lumat / kisar halus bwg merah + putih + cili padi (5 biji) + udang kering

- panaskan minyak

- tumis bahan kisar hingga naik bau

- masukkan hirisan daging ayam, kacau rata hingga daging empuk

-tambah cili 3-4 biji yg diketik

-tambah sos ikan/garam + perasa

- pecahkan telur dan digaul rata

- masukkan nasi dan kacau rata

- tambahkan sayur dan masak lg hingga layu

-angkat bila nasi da betul2 panas

-tabur ikan bilis goreng & hidang

ps : ayam goreng kunyit next entry.. follow me...tq

Read more...

Tuesday 18 October 2011

Karipap Daging @ Epok - Epok




kesan keciwa & murung berpanjangan sebab kek ngan pau dibuat x menjadik..blog aku x berupdate huhu tu citer smlm.. hampir2 give up nak menguih n membaking..obviously lack of skill n knowledge in that area...tapi tetiba aku rase x sedap ati..smpi bl nak keciwa..inti yg aku wat utk pau daging pun masih byk bakinyer.. akhirnya karipap rangup berinti kan kentang n daging terhidang mlm nih..syukur.. ps : mak aku jual kuih..rase malunyer aku xpandai wat kuih mcm mak.. adeh..mak camne nak wat Pau...huaaaaghh...

sila teruskan untuk resepinyer yg aku kopipes dr myresepi..thanx nasuha 4 sharing dis recipe..mmg rangup jadinyer..


Bahan-bahan ( 50 biji )

Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air
Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.(aku pakai shortening)
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai


Cara-cara

Inti :

-Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

-Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.

-Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :

-Masukkan tepung dalam mangkuk.

-Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. -Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.

-Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.

-Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .

-Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.

-Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.

-Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

ps: wa tolong, kelim karipap aku x comeiii..
Read more...

Friday 14 October 2011

Ketupat Sotong

da namenye bersuamikan oghe klate..haruss lah blaja mskn nye skali.. huhu .. mase berchenta dulu x terbayang aku cmne rasenye sotong & gula melaka..1 hanyir..1 lg manis..aduh x tertelan.. tp c bf ashik2 promote sedapp.. ok da jd istri nih..aku blaja n raser sdiri..mak oii..pak oii..yummy..huhu suke my jaha aku da pandai masak ketupat sotong nih..hasil penyelongkaran photo ni di amek time raye aji thn lepas..aper? da setahun da ni..jap lg raye aji thun ni lak..adoii. 1 benda yg x berubah ..aku tetap suke masak..makin muncit la dier..aritu same2 muncit..tp akunyer isi da kua jd munif arham..yg diernye x kua kua..haha ampuuun ampunnn..respi d bwh yer

bahan
- 10 ekor sotong besar / sederhana
- 1 cawan beras pulut
- Santan drpd sebiji kelapa
- 5-6 keping nisan / gula melaka ( 1 biji )
- 2 helai daun pandan
- secubit garam
- lidi / pencungkil gigi

cara
- basuh bersih pulut & rendam pulut dlm 1 cawan santan selama 30 min
- basuh bersih sotong berserta kepala
- masukkan pulut ke dalam sotong hingga 1/2 penuh
- kepala sotong diletak semula di kedudukan asal
- cucukkan lidi antara kepala dan badan sotong biar kepala x larii tanggal
- susun sotong dlm periuk
- masukkan lebihan santan + garam + gula nisan + daun pandan
- masak hingga kuah pekat..dlm 30-45 min..

cara : hidang sotong dengan kuah sket.. aku jamin xde bau hanyir.. yg tinggal hanye sedap..haha..

Read more...

Thursday 13 October 2011

Seafood Carbonara n Fettucinne


aku rase minggu ni aku kna demam westlife lah kut..bkn sbb diorg dtg..tp asyik nak berwestern jer..mlm td seafood carbonara pulak aku perasapkan kat dapur..carik punye carik respi xjumper yg berkenan..wa gtu masak pun ade taste.. end up aku reka sdiri..cmni yer
bahan

- 1/2 bungkus fettucinne
- 4 btg sosej - dipotong serong
- 10 ekor udang - dibuang kepala, kulit tinggalkn ekornye, potong blkg
- 2 ekor sotong - dibuang kulit ungu, dipotong bulat
- 1 biji bwg besar
- 3 ulas bwg putih
- 2 cawan susu segar
- 1 bungkus mushroom sup/chicken sup campbell/vono
- 2 sudu kecik serbuk lada itam
- 2 sudu kecik italian herbs (optional)
- 1 keping cheesedale
- garam , perasa
- 3 sudu bsr minyak / butter

cara :

fettucinne:

- didihkan air dlm periuk + garam + minyak sket
- rebus fettucinne smpi lembut
- sambil tu cincang halus bwg merah + putih
- panaskan butter n masukkan bwg
- amek 1/2 bwg yg sudah layu - ketepikan
-angkat & toskan fettucinne then gaulkan ngan bwg yg sudah dimasak td..ketepikan
 

sos carbonara :

- ngan mgunakan balnce bwg td, masukkan sosej
- sosej 1/2 masak + sotong + udang
- masukkan susu n kacau rata
- masukkan serbuk lada itam + italian herbs + garam + perasa
- kacau rata, agak da mendidih masukkan cheesedale yg dikoyak2kan
- da jd pekat, tutup api..siap
 

cara : tuangkan sos carbonara kat atas fettucinne.. bismillah..ngap..huhu

ps : apsal byk sosej dr seafood..huhu..silap snap ah..part sblh saner byk sotongnyer..aduh..sda gak klu masukkan kupang etc

Read more...

Puding Laici


Ptg2 gini ngan bahangnyer terasa di bumi KL nih, pekena puding yg sojuk2 dingin nih pun sodap..huhu .. pembikinan nye mlm smlm..tp td pekena sebijik lg....aduh..ilang demam..huhu
duk blog walking n terberkenan ngan puding laici uma bro ryoazhar.. jom singgah cni.. ader kat bwh ni ha respi nyer..tq bro..ambe kopipes yer..

Puding Laici
by:ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahannya :

- 1 tin buah laici,dikisar bersama airnya
- 1 liter air
- 10 gram serbuk agar-agar (aku terpakai agar2 kaler red)huhu
- 1 sb gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat krimer manis (aku pakai fresh milk)

Tinggalkan sikit buah laici untuk hiasan

Caranya :

- Panaskan air bersama serbuk agar-agar
- Masukkan gula dan susu,kacau sebati
- Bila sudah mendidih,padamkan api
- Masukkan buah laici yang dikisar
- Kacau dan tuang ke dalam bekas
- Bila dah sejuk,masuk dalam peti sejuk dan boleh la dihian dengan lebihan buah laici tu.. 


ps* aku skip part kisar laici tuh..aku potong2 n masukkan..da mlm sgt..bunyi blender leh mendatangkn marah pd jiran2..huhu apepun..ok aku suker n simple..plus xmanis sgt sesuai..
Read more...

Tips Pisang Goreng Rangup & Harum

Pisang goreng panazzz2..

Tepung & sukatan nyer
bahan

- 10 biji pisang
- 1 cawan tepung goreng pisang
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- secubit garam
- air secukupnya
- minyak

cara

- pisang dibuang kulit dan dibelah 2
- satukan semua tepung dlm 1 mangkuk, kacau rata
- tambah garam secubit
- panaskan minyak di kuali
- ambil 4 sudu besar minyak yg sudah panas dan masukkan ke dalam mangkuk td
- gaul & tepung akan nmpk bergentel sket
- tambahkan air masak secukupnya..x terlalu cair n x terlalu pekat
- celupkan pisang dlm adunan tepung n goreng ...
- terbalik2kan n angkat bl da kekuningan...

ps:yg wat jd rangup tu sbb tepung beras n campuran minyak panas td.. cubala..xrugi..
Read more...

Tuesday 11 October 2011

Asal Usul Nama Munif Arham



Aku yakin tiap nama orang pasti ade sejarah.. pasti ade penyebab knape dinamakan itu..
eg: norhabibah itu namerku, diamek sempena nama pembaca brite tv3 tahun 1985..habibah..
eg : kakak aku siti hawa, diamek sempena namer misi yg tlg masa mak aku lahirkan dier..gtu..


SO
MUNIF ARHAM itu pun ade criternyer..
aku ngan hubby lewat mendiskaskn psl nama.. seingt aku dkat 6 7 bln preggy baru berbincang serius..
sbb masih awal..n masih xtau tino ko jate..huhu 
so standby jelah dulu..

INDICATOR..
mesti mula M..... A....... 
tapi kenaperrr?
sebab nama my jaha juger begitu Mohd Azaha
biler digabungkan akan jd begini
M.... A.... Mohd Azaha
M.A.M.A
:)

STANDBY
klu gugurl kiter bg name
Mia Ayra
klu boboy kiter bg name
M..... Arham
eh nape dot dot.. sungguh smpi ke sudah masih xde name yg sesuai sehinggalah

aritu air ketuban aku dah bocor..leaking..
aku duk kat katil..berbaring merehatkan diri..
sambil surf youtube mendengar zikir dr hijjaz
oohh munif hijjaz..aku tersentuh ngan alunan zikir drpd ustaz munif..
walaupun sbnarnye sudah beribu kali aku denga suarenye..tp aritu rase damai yg len..

my jaha blk keja trus aku khabarkan namer MUNIF mayb boleh kiter isi ke tempat 0 itu..
husband mengangguk tanda YA..
itulah citernyer..

MUNIF - Kedudukan yang tinggi
ARHAM - Penyayang

Doa mama bgitu juga.. Moga Arham berada di kedudukan yang tinggi di sisi Allah dan menjadi ketua yg penyayang dan adil.. SEKIAN

ps: Teringat borak aku ngan K.Johara, pesakit jantung yg sgt epi-go-lucky .. we share same ward sbb dia masa tu baru lahirkan anak ke-2..katenyer yg dipetik dr ustaz d cramah yg diikuti:
Kiter bg nama anak ni atas 2 cara :

1- Nama yg mempunyai maksud yg baik
2 - Merujuk seseorang yang kiter suker (berkenan perangai & agamanyer)

Dalam kes aku : ada kedua-duanyer.. mmg mula2 aku xtau ape maksud munif.. cume tau maksud arham.. sudah tertulis itulah nama putera kami..

Read more...

Chicken Lasagna

sila gelak.. mmg fail .. tp xpe la.. da wat n my jaha kata sedap..layan je la respi nye yer..thanx to kak nannie yg share respi n step2 nye skali kat cni pekata korg cuba la dulu yer.. abaikan la hasil yg aku paparkan kat cni..mane tau korg nyer sgt maveles.. x cuba xtau..shayer kopipes respi nye kat cni yer kak nani..tahap M sgt beso.. tq..mari shayer tunjukkan.. 

BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:

1 kotak instant lasagna

2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah (aku pakai kimball perasa cendawan)

1 peket daging cincang-boleh tambah (cm biasa pakai burger ayam-kisar sdiri)

3 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis

Sedikit herba oregano fresh -( xpakai ganti italian herbs)

Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

*tambah cili padi 4-5 biji + ummmph

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :

-Kupas semua bawang dan cincang halus ,

-kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu.

-Masukkan pula daging/ayam cincang , herba oregano/ italian herbs dan kacau sampai daging/ayam masak, tambah garam jika sos kurang masin .

-Masukkan semua sos bolognese Prego/kimball dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :

3 sudu besar tepung gandum

3 sudu besar butter

800ml susu segar kotak- (aku pakai susu cair 1 tin..mendurhaka respi haha)

1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya (aku pakai cheesedale)

Sedikit black pepper

Garam secukup rasa

* nasihat..klu nak wat ni bek wat pakai susu fresh la kot..jgn tiru aku pakai susu cair..xdak stok susu fresh da aritu..

CARA MASAK SOS BECHAMEL:

-Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan , guna api dapur sederhana besar dan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit .

-Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper.

-Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam .

-Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak .Boleh ditutup api dapur.

CARA MASAK LASAGNA :

Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian curah sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese . Ulang semula susun kepingan lasagna , curah sos dan tabur cheese buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan.

A - susun kepingan lasagna

B - lapis sos bolognese - banyak

C - lapis sos bechamel - banyak

D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri

* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D . Buat sampai habis semua bahan - bahan .

Then, bakar dlm oven.. 180C dalam 45min-1 jam, tngu sjuk sket baru leh potong..

*sekali lg, menderhakai respi..aku wat step A,B,C je..cheese ciput..step D aku wat last , nak cover tuk atas skali jek.. huhu.. n mmg btullah klu pkai instant lasagna san remo tu..xyah masak pun kepingan tu..susun je trus...sekian


Read more...

Saturday 8 October 2011

Puding Roti Marble - 2nd Attempt

Puding Roti lg..huhu abeskan stok roti n nak bg puas ati..aritu belang x jd.. so pg td gigih la membikin semula kali ke-2..ok da puas ati hu9..tq to Kak Hana yg share respi kat cni... enjoice..respi copy ade kat bwh..malasnye nak naip..

Bahan-bahan ( satu loyang )

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) (aku guna pewarna pink)

Cara-cara

-Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
-Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
-Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
-Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
-Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
-Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!


ps: da angkat baru pasan xletak majerin..huhu tadehal ttp sedap..
Read more...