Wah nama resepi tak menahan.. Menderhaka pd resepi asal drpd Kak Ros Jintan Manis. Resepi asal utk kek pisang gebu.. Aku tukar jd muffin pisang dgn inti blueberry. Sangat lazat ye.. Marilah cuba. Mohon izin ye kak saya kopipes resepi nyer.
Resepi : Muffin Pisang dengan blueberry
Sumber : Kak Ros Jintan Manis
Dicuba oleh :http://arebie.blogspot.com/
Bahan
2 cwn tepung gandum (aku pakai tpg kek)
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula (aku kurgkn ke 3/4 shj)
3 biji pisang yang telak dilenyek (aku isi 1 cawan penuh pisang)
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur
* aku tambah 1/2 cawan chocolate rice & blueberry filling secukupnya
caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
(my version : lepas masukkan minyak + chocolate rice, sudukan adunan ke dlm muffin cup 1/2 penuh, picitkan filling blueberry, sudukan adunan lg hingga 3/4 penuh)
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment