Saturday 21 July 2012

maafkan mama.. setahun sudah berlalu

Munif Arham ,
Maafkan mama,
Kalau setahun mu itu penuh nangis duka,
Kalau setahun mu itu banyak ubatnya,
Kalau setahun mu itu sakit & lara,

Munif Arham,
Kamu anak baik,
Kamu anak terbaik,

Munif Arham,
Ragam mu itu kdg meresahkan,
Ragam mu itu kdg menghiburkan,
Ragam mu itu kdg membahayakan,
Tapi itulah ubat hati yang menenangkan,

Munif Arham,
Setahun sebulan itu umur kelahiran mu,
Sepuluh bulan umur sepatut mu,
Biarkan anak lain terus berjalan berlari meninggalkanmu,
Kerna mama di sini setia menunggumu,
Menunggu, detik itu ..

Nukilan : Mama Arham..
20 Julai 2012 / 1 Ramadhan 1433H




Read more...