Saturday, 26 November 2011

Cream Puff




Cubaan berani mati...Oops sebelum tu, Salam Maal Hijrah utk sumer ...
Ya, ini hasil eksperimen kat makmal aku td.. huhu lapor bkn men tetiba terrsinggah blog kak azlita masam manis... terrrnampak photo cream puff dier...terus terrrliur haha..bkn men byk terrr...
rupanye bkn susah tp x senang nak wat kuih yg 1 ni.. eh kat kdai bape hinggit ek? xpnah beli... tp mesti mhl gak kot..cuba try wat sdiri.. meh cni aku kopipes kn respi drpd kakak ayu yg sorg ni...tq kak azlita, sy cnp kat cni ye...
Recipe : Cream Puff & Cream Custard
By : Yani & Honey & Kak Azlita
Try by :

Bahan

CREAM PUFF

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara

- Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
- Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
- Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
- Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih hingga bercampur.
- Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
- Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
- Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
- Masukkan telur, kacau cepat-cepat
- Masukkan adunan ke dalam piping bag.
- Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
- Pipe kan ke atas dulang
- Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
- Spray permukaan cream puff dengan air.
- Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
- Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD

by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Cara

- Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
- Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
- Masukkan telur dan kacau lagi.
- Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
- Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
- Masak sehingga pekat.
- Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
- Ulang sehingga pekat.
-Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

* Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Ps : 1 adunan cream puff leh dpt dlm 8 - 10 bj cmtu, so leh la doublekan klu nak byk sket...


0 comments: