Thursday 29 September 2011

Puding Roti BelanG2..

ptg td duk merayau2 kat uma2 org.. bkn berayer..tp mencarik resepi mudah nak wat dikala busan.. oopps skali terbrek kat blog cute oven  nih.. alamak terpaut nengok puding roti marble dier.. so pe lg.. mula la menyelongkar bhn2 kat dapur..sumer ader cume susu cair xde stok.. mm so aku merembat la freshmilk bekpes aku..hu9 jd la kn..

puding roti kaler oren klabu asap

jgn gelak ye..huduh sket..
bahan-bahannyer..

 cara wat ..aku kopipes bulat2 kak naz ni punyer resepi iaitu:


Bahan-bahan :

10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
4 keping roti *
2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
1/2 cawan susu pekat manis *
1 tin susu cair (400ml) * ( aku pakai freshmilk perisa coklat)
1 sudu teh asen vanilla *
2 sudu besar majerin
2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :

- Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
- Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
- Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
- Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
- Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
- Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
- Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
- Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.

SELAMAT MENCUBA!...

ps : ok..sayer da cuba kak naz n mmg terbaik...tenkiu for the recipe..

0 comments: