Wednesday, 5 October 2011

Diari buat Arham - Bhg 1

Munif Arham,

Diari ini mencoretkan semula kenangan mama daripada sebelum melahirkan arham sampai sekarang..arham baca ya nak..

1 bulan arham di dalam kandungan - Mama dengan Ayah pergi Klinik Aiman. Alhamdulillah ujian kehamilan positif. Arham sudah ada di dalam rahim mama.

3 bulan arham di dalam kandungan - Hari itu mama pergi pasar malam dengan Ayah, Pakcik, Paklang. Balik dari pasar, mama lipat baju. Tiba-tiba darah turun mencurah-curah sampai habis basah seluar yang mama pakai. Mama menangis sebab mama ingat mama keguguran. Malam itu, Ayah dengan Paklang hantar mama pergi klinik di Pantai Dalam. Doktor suruh mama rehat. Esoknya mama pergi Klinik Aiman, untuk buat imbasan, Alhamdulillah arham masih di dalam kandungan.

5 bulan arham di dalam kandungan - Mama kerja masa itu, tiba-tiba mama pening kepala dan pitam sebab mama terkena tekanan darah rendah.

7 bulan arham di dalam kandungan - Mama dengan Ayah balik ke kampung untuk buat kenduri 7 bulan arham di dalam kandungan. Seminggu selepas itu, menjelang tengahmalam 19.6.2011 mama terjaga daripada tidur dan tiba-tiba air mencurah-curah keluar. Mama dimasukkan ke wad PPUM kerana air ketuban hampir kering. 3 hari mama di wad, mama rasa ada kontraksi. Mama panggil doktor. Mama ditolak ke bilik bersalin. 9 jam mama menahan sakit bersalin tetapi atas kehendak ALLAH, tangan Arham masih berada di atas kepala. Mama ditolak ke bilik bedah pada pukul 4 pagi 23.6.2011 untuk selamatkan Arham.

Ps : perasan x ayat skema abes.. sebab target arham akan baca diari nih satu hari nnti.. sekian for part 1..esok2 sambung lg..







0 comments: