Terjumpa resepi ni kat blog kak Naz kat cni . Tanpa berpikir pendek, terus buat hehe
saya kopipes ye k.naz.. tq so much
Bahan-bahan :
10 keping roti sandwich
5 scope ais krim apa-apa perisa
Plastik (untuk simpan ais krim roti)
Minyak masak untuk menggoreng
1) Baringkan sekeping roti putih di atas permukaan pinggan yang bersih.
2) Letakkan aiskrim pilihan anda.
3) Tutup dengan sekeping roti lain.
4) Gunakan gelas atau cawan yang bersesuaian saiznya sebagai pemotong roti ini.
5) Tekan di atas roti hingga putus bahagian tepinya.
6) Pastikan bahagian tepi-tepi roti itu bercantum dan melekat agar aiskrim tidak meleleh keluar. Sekiranya ada bahagian yang tidak kemas, tekan dengan dua jari untuk mengelim tepi-tepi roti seperti di atas.
7) Kemudian masukkan roti aiskrim-roti aiskrim yang telah siap ke dalam plastik dan simpan 3 jam atau semalaman di dalam peti sejuk beku(freezer).
8) Panaskan minyak dan sedia utk digoreng.
0 comments:
Post a Comment