Tuesday 11 October 2011

Chicken Lasagna

sila gelak.. mmg fail .. tp xpe la.. da wat n my jaha kata sedap..layan je la respi nye yer..thanx to kak nannie yg share respi n step2 nye skali kat cni pekata korg cuba la dulu yer.. abaikan la hasil yg aku paparkan kat cni..mane tau korg nyer sgt maveles.. x cuba xtau..shayer kopipes respi nye kat cni yer kak nani..tahap M sgt beso.. tq..mari shayer tunjukkan.. 

BAHAN-BAHAN UTK SOS BOLOGNESE:

1 kotak instant lasagna

2 tin sos pasta bolognese PREGO perisa tradisi - boleh tambah (aku pakai kimball perasa cendawan)

1 peket daging cincang-boleh tambah (cm biasa pakai burger ayam-kisar sdiri)

3 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

2 sudu besar minyak zaiton- utk menumis

Sedikit herba oregano fresh -( xpakai ganti italian herbs)

Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

*tambah cili padi 4-5 biji + ummmph

CARA MASAK SOS BOLOGNESE :

-Kupas semua bawang dan cincang halus ,

-kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu.

-Masukkan pula daging/ayam cincang , herba oregano/ italian herbs dan kacau sampai daging/ayam masak, tambah garam jika sos kurang masin .

-Masukkan semua sos bolognese Prego/kimball dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :

3 sudu besar tepung gandum

3 sudu besar butter

800ml susu segar kotak- (aku pakai susu cair 1 tin..mendurhaka respi haha)

1/2 cawan parutan keju parmesan atau chedder secukupnya (aku pakai cheesedale)

Sedikit black pepper

Garam secukup rasa

* nasihat..klu nak wat ni bek wat pakai susu fresh la kot..jgn tiru aku pakai susu cair..xdak stok susu fresh da aritu..

CARA MASAK SOS BECHAMEL:

-Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan , guna api dapur sederhana besar dan sentiasa kacau adunan tepung ni supaya tidak hangit .

-Masukkan semua susu dan terus kacau sehingga sebati kemudian boleh la dimasukkan parutan cheese cheddar dan serbuk black pepper.

-Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat kalau tak cukup masin baru ditambah garam .

-Kuah bechamel akan jadi pekat bila dah dimasak .Boleh ditutup api dapur.

CARA MASAK LASAGNA :

Susun lapisan pertama kepingan lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai kemudian curah sos bolognese dan curah sos bechamel serta tabur cheese . Ulang semula susun kepingan lasagna , curah sos dan tabur cheese buat begini sampai ke lapisan paling atas atau sampai habis bahan.

A - susun kepingan lasagna

B - lapis sos bolognese - banyak

C - lapis sos bechamel - banyak

D - tabur cheese - ikut pada selera sendiri

* Ulang susunan seperti di atas A , B C dan D . Buat sampai habis semua bahan - bahan .

Then, bakar dlm oven.. 180C dalam 45min-1 jam, tngu sjuk sket baru leh potong..

*sekali lg, menderhakai respi..aku wat step A,B,C je..cheese ciput..step D aku wat last , nak cover tuk atas skali jek.. huhu.. n mmg btullah klu pkai instant lasagna san remo tu..xyah masak pun kepingan tu..susun je trus...sekian

0 comments: