Tuesday 18 October 2011

Karipap Daging @ Epok - Epok




kesan keciwa & murung berpanjangan sebab kek ngan pau dibuat x menjadik..blog aku x berupdate huhu tu citer smlm.. hampir2 give up nak menguih n membaking..obviously lack of skill n knowledge in that area...tapi tetiba aku rase x sedap ati..smpi bl nak keciwa..inti yg aku wat utk pau daging pun masih byk bakinyer.. akhirnya karipap rangup berinti kan kentang n daging terhidang mlm nih..syukur.. ps : mak aku jual kuih..rase malunyer aku xpandai wat kuih mcm mak.. adeh..mak camne nak wat Pau...huaaaaghh...

sila teruskan untuk resepinyer yg aku kopipes dr myresepi..thanx nasuha 4 sharing dis recipe..mmg rangup jadinyer..


Bahan-bahan ( 50 biji )

Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air
Doh Karipap :
500 g tepung gandum - diayak
½ sd besar garam
94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.(aku pakai shortening)
1 biji telur
½ cawan ais
250 ml air
Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai


Cara-cara

Inti :

-Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.

-Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.

-Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh :

-Masukkan tepung dalam mangkuk.

-Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. -Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.

-Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.

-Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .

-Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.

-Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.

-Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.

* Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

ps: wa tolong, kelim karipap aku x comeiii..

0 comments: