Wednesday, 26 October 2011

Diari buat Arham - Bhg 2


23 Jun 2011 - Pukul 4.28 pagi, ketika itulah tangisan Arham kedengaran buat kali pertama. Alhamdulillah, pembedahan berjaya tetapi Mama masih lemah, mama tidak dapat melihat Arham buat kali pertama. Hanya mendengar tangisan mu anak. Ayah kata, Arham tenung muka Ayah sepanjang tolak Arham ke wad SCN. Syukur. Sampai di wad, Ayah lihat Arham ditimbang. Ya Allah, hanya 1.32kg shj berat mu anak. Kecil nya Arham sekecil botol mineral dgn pjg 38cm.

24 Jun 2011 - Mama bohong Ayah. Mama kata mama dah tak sakit. Mama bangun drpd katil seorang diri dengan bantuan tali. Mama tunjuk pd nurse mama da boleh bangun sebab mama nak lihat Arham di wad SCN. Tapi sebenarnya hanya Allah shj yang tahu kesakitan akibat pembedahan smlm yg mama jalani. Ayah sampai hampir tengahari dengan TokAbah. Ayah sorong mama dgn wheelchair. Akhirnya mama dpt smpi ke wad Arham. Mama tanya Ayah, mana Arham? Ayah bawa mama ke tempat Arham. Ya Allah, berderai air mata mama. Betulke anak kecil dengan wayar di perut, mulut, kaki & oksigen di hidung ni anak mama? Mama menangis & terus menangis. Arham kuat kan.

25 Jun 2011 - Mama dibenarkan pulang hari ini. Ya Allah, bagaimana dengan Arham? Mama terpaksa menerima hakikat mama pulang tanpa Arham. Arham masih di SCN untuk penjagaan rapi. Mungkin 10 hari, mungkin 20, mungkin sebulan , tiada siapa yg tahu. Mama meminta Ayah bawa mama ke wad Arham sebelum mama pulang. Susu badan yang mama cuba perah akhirnya berjaya dikumpul untuk bekalan buat buah hati mama ini. Alhamdulillah ya Allah. Walaupun hanya 2ml setiap sesi penyusuan, itulah hak Arham yang mama dpt sumbangkan. Arham, mama balik dulu. Jgn bersedih duhai hati. Arham kuat kan. Ku tinggalkan PPUM dengan hati yang maha berat. Berat Arham 1.22kg.

27 Jun 2011 - Ayah ke PPUM menghantar susu. Ayah beritahu mama yang Arham terkena jaundis(Kuning). Mama masih di rumah. Mama doakan Arham cepat sembuh ya nak. Ironinya, Arham sudah dimasukkan ke inkubator & bantuan oksigen ke hidung sudah diberhentikan. Arham bernafas sendiri. Alhamdulillah.

3 Julai 2011 - Setelah seminggu mama di rumah. Akhirnya mama bertekad untuk ke hospital seorang diri. Ya, mama memandu buat kali pertama dengan izin ayah. Ayah ke tempat kerja pagi tu. Arham rindukan mama tak, mama datang sayang. Bawa susu untuk Arham. Jaundis Arham beransur hilang. Berat Arham 1.44 kg.

10 Julai 2011 - Arham, mama dukung Arham harini. Buat kali pertama. Ya Allah, rezeki yang dilimpahkan buat hari mama betul-betul ceria. Terimakasih pd nurse yg memahami. Berat Arham 1.51kg. Oh tak lupa, harini mama, Ayah, dan semua menyambut harilahir nenek di rumah. Mama belikan nenek kek. Nenek yg byk menjaga mama semasa mama berpantang. Nenek teman mama di rumah.

12 Julai 2011 - Berat Arham 1.56kg. Tiba-tiba, alat penggera di katil Arham berbunyi. Nurse-nurse meluru ke katil Arham. Mama tak tahu. Rupa-rupanya anak mama tercungap-cungap kerana 'simptom lupa nafas'. Nurse kejutkan Arham. Bantuan ubat terpaksa diteruskan. Mama minta maaf syg, mama tak tahu.

14 Julai 2011 - Berat Arham 1.58kg.

16 Julai 2011 - Berat Arham 1.61kg.

19 Julai 2011 - Mama diberi peluang untuk menyusukan Arham secara terus buat kali pertama. Mama tahu mesti sukar untuk Arham sebab masih ada tiub di mulut Arham. Tapi Arham cuba dan terus cuba. Syabas sayang. Arham pandai menghisap walaupun dengan tiub di tengah2 mulut. Berat Arham 1.675kg.

21 Julai 2011 - Berat Arham 1.73kg

23 Julai 2011 - Arham sudah pandai menghisap sepenuhnya.Perlahan-lahan, nurse memulakan penyusuan dengan botol. Alhamdulillah, akhirnya Arham menyusu tanpa bantuan tiub yang menyakitkan itu. Berat Arham 1.775kg.

25 Julai 2011 - Nurse beritahu mama Arham ada hernia. Mama risau. Hernia atau angin pasang yang teruk boleh menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan. Mama berdoa semoga Arham tak begitu.

26 Julai 2011 - Berat Arham 1.865kg. Arham dipindahkan ke besen bayi spt bayi baru lahir.

28 Julai 2011 - Berat Arham 1.926kg.

30 Julai 2011 - Berat Arham 2.002 kg. Wad Arham berpindah ke bangunan baru.

1 Ogos 2011 - Pukul 8 pg mama sudah sampai ke hospital. Mama tunggu doktor. Mama minta Arham dibenarkan pulang. Alhamdulillah Prof CT Lim membenarkan. Akhirnya, penantian mama & Ayah berakhir sudah. 40 hari Arham di wad betul-betul menduga kami sebagai ayah & ibu. Tapi Arham jua lah pengikat kasih sayang ayah & mama.Berat Arham semasa discharge 2.2kg.. Syukur..

Setelah 40 hari di wad, bersamaan 1 bulan stgh, purata 4 jam sehari atau 160 jam berada di hospital, bayaran parking melebihi ratusan ringgit, caj rawatan melebihi 5k, bekalan susu drpd 2ml sehari hingga 320ml sehari, Munif Arham pulang ke pangkuan kami dengan 100% sihat. Cabaran bukan calang-calang tapi demi anak yang dikasihi. Kami redha.



0 comments: